Thursday, May 21, 2009

MSU Pharmacy Club AGM


Kelab Farmasi MSU baru-baru ini telah mengadakan AGM (Annual General Meeting) yang ke-2 untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baru.

Majlis dihadiri oleh Dekan School of Pharmacy iaitu AP. Dr. Eddy Yusuf yang telah membubarkan AJK lama seterusnya merasmikan AGM yang baru.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Advisor Pharmacy Club (En Mohd Nizam, En Ibrahim dan Puan Adilla) dan juga pensyarah-pensyarah lain seperti En Fadli, Puan Sri Budiasih dan Puan Zainun.

Turut hadir ialah Presiden lama iaitu Mohd Zaidi Abd Malik dan pelajar-pelajar farmasi MSU.

Jawatan Presiden yang dipertandingkan antara Larry dan Ismail berkesudahan dengan Larry dilantik sebagai Presiden mengalahkan lawannya dengan undi yang sangat rapat 44-43. Ismail dilantik sebagai Penolong Presiden.

Cuma ada sedikit komplen mengenai AGM kali ini yang diharapkan dapat diperbaiki pada masa hadapan. Contohnya, AJK perlu menghantar notis awal kepada semua ahli, jemputan kepada semua lecturer, mengikuti beberapa protokol penting sebelum dan semasa AGM dsb.

0 reactions to this post:

Post a Comment