Friday, December 24, 2010

MSU Convocation

Recently 39 Diploma in Pharmacy students received their scroll in the 8th MSU Convocation, held for the first time in MSU own newly built campus.

Here is the abstract from Berita Harian, which you can read here: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Intelek_GraduanMSUterimaijazah_diploma/Article/


Graduan MSU terima ijazah, diploma
Oleh Basir Zahrom

KONVOKESYEN kelapan Management & Science University (MSU) merekodkan sejarah apabila buat julung kalinya berlangsung berkenaan berlangsung di kampus baru universiti berkenaan.

Seramai 675 graduan daripada 30 bidang pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing yang disampaikan Canselor MSU, Sultanah Haminah Hamidun.

Presiden MSU, Prof Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid, berkata jumlah itu adalah sebahagian 1,644 graduan menamatkan pengajian untuk sesi 2009/2010, selebihnya sudah bergraduat Jun lalu.

Beliau berkata, sebelum ini, sepanjang lapan tahun majlis berkenaan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Kali ini, seluruh warga MSU terutama kohort kedua 2009/2010 berbangga apabila menjadi kumpulan pertama menjalani konvokesyen di Dewan Canselor kampus berkenaan.

Katanya, majlis itu dilihat sesuatu yang bersejarah bukan saja kerana dijalankan di kampus baru yang bernilai RM500 juta. Kejayaan berganda MSU terus diraikan selepas disenaraikan dalam 18 universiti terbaik.

Pencapaian itu kata Mohd Shukri, membolehkan universiti berkenaan berada pada Tier 5 Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

“Di MSU, kami sentiasa memastikan pelajar mendapat yang terbaik dengan mengikuti bidang pengajian relevan dengan keperluan industri semasa.

“Setakat ini, kami sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat di Jepun, Dubai dan Indonesia untuk menghantar pelajar cemerlang menjalani latihan industri di sana.

“Hal ini bukan hanya dapat menjalin hubungan baik dengan industri dalam dan luar negara, malah meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan,” katanya pada majlis konvokesyen kelapan MSU, di Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama, Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Mohd Shukri berkata, maklum balas industri juga positif apabila rata-rata menyatakan graduan MSU lebih berdaya saing dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

“Kemahiran ini adalah elemen penting. Kelebihan itu terbukti apabila lebih 95 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor selepas enam bulan menamatkan pengajian.

“Kami komited meningkatkan peratusan ini melalui beberapa usaha termasuk menawarkan kursus merentasi bidang iaitu Kemahiran Kebolehpasaran Graduan (GEmS).

“Kemahiran ini mewajibkan pelajar aktif kokurikulum bagi membolehkan mereka lebih bersedia berhadapan cabaran pasaran semasa,” katanya.

=======================


Empat pengajian MSU lahir graduan pertama
Oleh Basir Zahrom

EMPAT program pengajian di Management & Science Unversity (MSU) melahirkan kumpulan pertama graduan pada majlis konvokesyen kelapan universiti itu, baru-baru ini.

Program berkenaan ialah tiga pengajian ijazah kepujian iaitu Bachelor in Medical Science, Bachelor in Technology (Electrical & Electronic) dan Bachelor in Computer Engineering serta satu Diploma in Human Capital Management.

Seorang graduan, Misbahul Munir Sumarli, 24, berkata dia bangga kerana dapat menamatkan pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik mengikut jadual dan menjadi kelompok pertama bergraduat.

Katanya, segala usahanya bersama lapan rakan lain berbaloi kerana masing-masing perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber di luar memandangkan mereka tidak ada pelajar senior.

“Selain itu, buku yang digunakan untuk dijadikan rujukan juga terhad, kami menubuhkan kumpulan belajar dan berbincang segala topik sukar.

“Bantuan pensyarah yang tidak mengenal erti jemu menyuntik semangat kami untuk terus berjaya dan memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

“Walaupun kumpulan kami kecil, namun sambutan daripada pelajar terus membanggakan” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen di kampus baru MSU Shah Alam.

More photos can be seen from MSU Flickr:
http://www.flickr.com/photos/managementandscienceuniversity/sets/72157625656789846/

0 reactions to this post:

Post a Comment